Sunday 15 June 2014

MENGHARAP REDHA

bismillahirrahmanirrahim



setelah sekian lama dipendam rasa hati untuk menulis. walau diri ini tidaklah punya bakat mana. namun ku sedar, rasa ini dijentik Ilahi jua. 

*tarik nafas dalam-dalam, hembus. tarik nafas lagi sekali, hembus. 

kerana hidup di dunia ini tempat untuk bercucuk tanam dengan bersungguh-sungguh berbuat amal, aku mohon padaNya moga kelak hasil tuaianku di negeri akhirat menguntungkan aku. Allah, moga Engkau redha


kerana nafas ini bisa berakhir, kan?

kelak aku pasti ditanya Tuhan 'adakah kamu bersungguh-sungguh menyampaikan kebaikan lalu di mana buktinya??'
lantas dengan cara ini aku variasikan lagi caraku menyampaikan ayat-ayatMu 

ku mohon wahai Rabbul Jalil..
ku mohon agar dibimbing hati ini agar tidak menulis melainkan yang baik-baik.
ku mohon agar setiap tulisan ku kelak dipandu olehMu agar ianya membawa kebaikan kepadaku, keluargaku juga yang lain..
Allah, aku tidak meminta lebih kecuali keredhaanMu.

ameen_